Monday, 14 May 2012

10 PETANDA DIA JODOH KITA





Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

Teruskan bacaan andaa...

Monday, 7 May 2012

12 KEADAAN ORANG YANG SUNAT DIKEJUTKAN



Mengejutkan orang yang tidur DISUNATKAN sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut:

  • PERTAMA:

Seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata:

“ Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.”
(Hr Abu Daud 1246)

  • KEDUA:

Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana mengganggu orang yang solat.

  • KETIGA:

Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang.
Rasulullah saw bersabda:

“Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tang gungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh).
(Hr Abu Daud)

Lihat yang ke-4 hingga ke-12 pula..:)

PETUA IMAM SYAFI'E : CARA-CARA YANG BOLEH MEROSAKKAN DAN MENGUATKAN FIZIKAL BADAN DAN 4 CARA TIDUR

  • EMPAT PERKARA MENGUATKAN BADAN

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

  • EMPAT PERKARA MELEMAHKAN BADAN

1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

  • EMPAT PERKARA MENAJAMKAN MATA

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Teruskan baca..

Sunday, 6 May 2012

SUAMI YANG MAHAL VS ISTERI YANG MAHAL

Suami isteri perlulah saling melengkapi antara satu sama lain yee..:)

"SUAMI YANG MAHAL MENURUT ISLAM"

“Tidak meletakkan darjat & kemuliaan dirinya kepada jumlah isterinya & kecantikan mereka TETAPI diletak kepada iman, kesucian hati & cinta isterinya kepada Islam & suaminya walau fizikal mereka kurang @ tidak cantik pada mata orang. Mereka tetap bidadari hatinya di syurga kelak”. Ustaz Zahruddin

"ISTERI YANG MAHAL MENURUT ISLAM"

Isteri yang mahal dari pandangan Islam ialah isteri yang tidak meletakkan darjat & kemuliaannya kepada wang, tetapi kepada iman, kasih, jiwa dan hatinya. Kalau diletakkan nilainya kepada wang, wang akan hilang. Kalau diletakkan kepada iman, kasih serta hatinya ia akan berkekalan sehingga hari kiamat dan seterusnya membawanya ke syurga. - Ustaz Zaharuddin

p/s : kite mcm mana yek??..;)

PEMBUKA KATA DENGAN PUJIAN KEPADA ALLAH SWT DAN PUJIAN KE ATAS KEKASIH-NYA MUHAMMAD SAW...:)



A'uzubillahi minassyaitonnirrajim, Bismillahirrahmaanirrahim, Assalamualaikum wbt...

Saya mulakan kalam "KataHearty" ini dengan kalimah yang agung..Semoga seterusnya akan lebih d berkati oleh Allah swt...juga selawat dan salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad saw dan ahli keluarganya.....Allahumma solli 'ala Saiyidina Muhammad wa 'ala 'aali saiyidina Muhammad...Allahuakhbar...:)




Di sini saya selitkan sedikit tatapan video...Semoga Allah swt meredhai segala perbuatan kita...peace!..Lagu ini amat best dan layan..huhu:)